Nukilan Wan Motor

"Allah takkan uji seseorang hambanya dengan sesuatu perkara yang tidak boleh ditangani oleh hambanya sendiri..... Jadi percayalah... Jika ada permasalahan berlaku bermakna kita sebenarnya mampu menangani masalah tersebut... Pekakkan telinga Pandang terus ke hadapan... Teruskan usahakita untuk keluar daripada permasalahan tersebut... Jangan takut dengan apa yang kita di alami..."

"Kekuatan tidak datang daripada kemampuan fizikal tetapi ianya datang daripada semangat yang tidak pernah mengalah"

Sunday, 14 September 2014

Bapa Ditahan Paksa Anak Lima Tahun Laku Seks Oral

Gambar Hiasan


MELAKA: Seorang wanita membawa anaknya yang berusia lima tahun ke hospital kerana mengadu sakit tekak.

Bagaimana pun wanita itu terkejut selepas mengetahui anaknya perempuan itu tercedera kerana dipaksa melakukan seks oral oleh bapanya.

Ibu berusia 29 tahun itu membawa anaknya ke Hospital Jasin pada 11 September untuk rawatan selepas kanak-kanak itu tidak berhenti menangis ketika makan tengah hari.

Kanak-kanak itu tidak boleh menelan makanannya.

Apabila kanak-kanak itu memberitahu mengenai kelakuan bapanya itu ketika berada di hospital, ibu mangsa terus membuat laporan di Balai Polis Bemban pada Jumaat, 10 pagi.

Bapa mangsa, 37 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai ditahan di Asahan oleh sepasukan polis dari ibupejabat negeri pada pukul 3 petang hari yang sama.

Sumber : Perak Today 
Read More


Gambar-Gambar Proses Pengambilan Pramugari Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Sebuah syarikat penerbangan terkenal di China pada April 2014 yang sedang dalam proses pengambilan pramugari mengenakan prosedur ketat sebelum layak diterima bekerja di syarikat berkenaan.Satu proses pemilihan lanjutan telah dilaksanakan di dewan milik Universiti Qingdao. Para calon pramugari yang berasal dari pelbagai daerah di China dan juga pelbagai negara mengikuti proses pemilihan dengan hanya mengenakan pakaian dalam sahaja.

Salah satu proses pada awal pemilihan penerimaan pramugari. Seorang calon perlu menjalani pemeriksaan awal pengesanan tatoo.Sebenarnya proses pengambilan seperti itu sudah menjadi standard dalam pengambilan pramugari di seluruh dunia. Di mana para calon dikehendaki menanggalkan pakaiannya untuk menjalani ujian perubatan, dan untuk memeriksa penggunaan implan silikon pada payudara mereka.







Hal ini dapat dilihat di banyak negara, kerana yang mengandungi implan amat berbahaya berikutan dengan perbezaan tekanan udara dan hal-hal lain yang boleh menyebabkan implan tersebut pecah.Para calon yang layak pada pemilihan awal sedang beratur untuk menjalani pemilihan seterusnya di dewan Universiti Qingdao.

Bahkan mereka harus rela menahan sejuk ketika menunggu giliranSalah satu tahap dalam proses pemilihan di Universiti Qingdao ini adalah para calon pramugari perlu menjalani ujian "catwalk" dengan hanya mengenakan  dan ditonton oleh orang ramai bahkan dimasukkan dalam acara televisyen.

Namun, proses pengambilan seperti ini dianggap tidak sesuai di China. Beberapa waktu lalu, syarikat penerbangan Indonesia pernah menerima tuntutan mahkamah di Korea Selatan kerana perkara yang sama. (China News, Weibo)

Sumber : Harian Metri Online 
Read More


Friday, 29 August 2014

Rasulullah Pengsan Mendengar Keterangan Jibril Tentang Pintu Neraka Ke 7


Dari Anas bin Malik r.a berkata: Jibrail datang kepada Nabi Muhammad S.A.W pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Rasulullah S.A.W: “Mengapa aku melihat kau berubah muka?”. Jawabnya: “Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.”

Lalu Rasulullah S.A.W bersabda: “Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.” Jawabnya: “Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.”

Nabi s.a.w. bertanya: “Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?” Jawabnya: “Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.” (Nota kefahaman: Iaitu yang lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah S.A.W: “Siapakah penduduk masing-masing pintu?” Jawab Jibrail: “Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s serta keluarga Firaun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang Musyrikin bernama Jahim. Pintu ketiga tempat orang Shobi’in bernama Saqar. Pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha. Pintu kelima orang Yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang Nasrani bernama Sa’eir.”

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah S.A.W sehingga ditanya: “Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?” Jawabnya: “Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat.” Maka Rasulullah S.A.W jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Rasulullah S.A.W di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Rasulullah S.A.W bersabda: “Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?” Jawabnya: “Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari umatmu.”

Kemudian Rasulullah S.A.W menangis, Jibrail juga menangis. Kemudian Rasulullah S.A.W masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.
Read More


6 Dosa Yang Tidak Diampunkan Allah SWT Walaupun Dengan Taubat

1- Makan harta anak yatim secara haram.

( untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anat yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka dosanya tidak terhapus).

2- Menuduh wanita solehah berzina.

( Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT ).

3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.
( Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut ).

4- Melakukan sihir.

( Mereka belayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya ).

5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.

( Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT).

6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.

( Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah).
Read More


Tukang Gantung Cerita Detik Akhir Saddam Hussein di Tali Gantung

Mowaffak al-Rubaie duduk di pejabatnya dengan patung Saddam Hussein dibelakang, tali yang digunakan untuk menggantungnya melilit leher patung itu.

Tukang Gantung Cerita Detik Akhir Saddam Hussein di Tali Gantung

Bekas penasihat keselamatan kebangsaan Iraq itu yang menyaksikan bekas diktator berkenaan dihukum gantung pada 2006, berkata, Saddam tabah hingga detik akhir kehidupannya dan tidak pernah kesal.

“Penjenayah? Benar. Pembunuh? Benar. Kejam? Benar. Tetapi dia tabah hingga ke akhir hayat,” kata Mowaffak.

“Saya menyambutnya di pintu. Tiada siapa masuk ke situ. Tiada warga asing dan tiada pegawai Amerika,” katanya. kepada media di pejabatnya di Kadhimiyah, utara Baghdad berdekatan penjara tempat hukuman itu dijalankan tujuh tahun lalu.

“Ketika saya membawanya masuk, tangannya yang bergari memegang al-Quran. Saddam yang memakai jaket dan kemeja putih kelihatan tenang dan bersahaja.Ada yang berkata dia pengsan. Ada yang kata dia diberi dadah. Tetapi sebenarnya tidak.

“Tiada tanda takut pada wajahnya. Tiada tanda kesal. Tiada doa mohon keampunan. Orang yang akan mati biasanya akan berkata, Tuhan, ampunkan dosaku. Tetapi Saddam tidak berkata demikian,” katanya.

“Saya membawanya ke kamar hakim dan senarai tuduhan dibacakan kepadanya. Saddam berkata: ‘Pergi mati dengan Amerika! Pergi mati dengan Israel! Hidup Palestin!”



Mowaffak kemudian membawa Saddam ke dalam bilik tempat hukuman dijalankan.

“Dia berhenti seketika, melihat bilik itu sebelum memandang saya.

Apabila tiba waktu hukuman, kakinya masih digari. Mowaffak dan beberapa kakitangan lain menariknya menaiki tangga.

Katanya, dia menarik tuil menggantung Saddam, tetapi tak berfungsi! Kemudian seorang lagi kakitangan menariknya untuk kali kedua dan barulah Saddam jatuh ke bawah pelantar dan mati.

Sebelum digantung, Saddam sempat mengucap syahadah.

“Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad…,” tetapi dia tidak sempat menghabiskannya.

“Dia melakukan begitu banyak jenayah dan dia patut digantung beribu kali,” kata Mowaffak



Menurutnya, hukuman ke atas Saddam dilakukan selepas sidang video antara Nuri al-Maliki dengan Presiden AS ketika itu, George Bush, yang bertanya Perdana Menteri Iraq itu: “Apa yang akan kamu lakukan dengan penjenayah itu.

Nuri menjawab: “Kami akan gantung dia.”

Bush menunjukkan tanda bagus, tanda bersetuju.

Saddam yang memerintah Iraq melebihi dua dekad yang menyaksikan penindasan kejam, perang dan sekatan antarabangsa dijatuhi hukuman gantung selepas didapati bersalah terhadap pembunuhan 148 penduduk Syiah di Dujail pada 1982.
Read More


Tuesday, 15 July 2014

9 Jeneral Perang Terhebat Dalam Sejarah Islam



9 Jeneral Perang Terhebat Dalam Sejarah Islam
1. Khalid Bin Walid Khalid ibn al-Walid (584 - 642)
Khalid bin Walid, adalah seorang panglima perang pada masa pemerintahan Khulafa ArRasyidin yang termahsyur dan ditakuti di medan perang serta dijuluki sebagai Saifullah Al-Maslul (pedang Allah yang terhunus). Dia adalah salah satu dari panglima-pangli­­ma perang penting yang tidak terkalahkan sepanjang kariernya.

2. Muhammad Al-Fatih ( Mehmed II )
Sultan Mehmed II atau juga dikenal sebagai Muhammad Al-Fatih juga dikenal sebagai el-Fatih, "Sang Penakluk". Kejaya­­annya dalam menaklukkan Konstantinopel menyebabkan banyak kawan dan lawan kagum dengan kepimpinannya serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Ia merupakan anak didik Syekh Syamsuddin yang masih merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.

3. Salahuddin Ayyubi ( Saladin ) Salahuddin Ayyubi atau Saladin atau Salah ad-Din (1138 - 4 Mac 1193)
Adalah seorang jeneral dan pejuang muslim Kurdi dari Tikrit (daerah utara Iraq sekarang). Ia mendirikan Dinasti Ayyubiyyah di Mesir, Syria, sebahagian Yaman, Iraq, Mekah Hijaz dan Diyar Bakr. Salahuddin terkenal di dunia Muslim dan Kristen karena kepemimpinan, kekuatan tentera, dan sifatnya yang satria dan pengampun pada saat ia berperang melawan tentara salib. Sultan Salahuddin Al Ayyubi juga adalah seorang ulama. Ia memberikan catatan dan berbagai macam penjelasan dalam kitab hadits Abu Dawud

4. Abu Ubaidah bin al-Jarrah.
Abu Ubaidah bin al-Jarrah adalah Muhajirin dari kaum Quraisy Mekah yang termasuk antara yang paling awal memeluk agama Islam. Ia ikut berhijrah ke Habasyah (saat ini Ethiopia) dan kemudian, beliau berhijrah ke Madinah. Ia mengikuti setiap pertempuran dalam membela Islam. Setelah wafatnya Nabi Muhammad saw, beliau merupakan salah satu calon Khalifah bersama dengan Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Setelah terpilihnya Abu Bakar sebagai Khalifah, beliau dilantik untuk menjadi panglima perang memimpin pasukan Muslim untuk berperang melawan kerajaan Rom. Beliau meninggal disebabkan oleh wabak penyakit.

5.Sa'ad bin Abi Waqqas.
Sa`ad bin Abī Waqqās merupakan salah seorang yang awal masuk Islam dan salah satu sahabat penting Muhammad. Kepahlawanan Sa'ad bin Abi Waqqas tertulis saat memimpin pasukan Islam melawan tentara Persia di Qadissyah. Peperangan ini merupakan salah satu peperangan terbesar umat Islam.

6. Tariq Bin Ziyad.
Tariq bin Ziyad, dikenal dalam sejarah Sepanyol sebagai legenda dengan sebutan Taric el Tuerto (Taric yang memiliki satu mata), adalah seorang jeneral dari dinasti Umayyah yang memimpin penaklukan muslim atas wilayah Al-Andalus (Spanyol, Portugal, Andorra, Gibraltar dan sekitarnya) pada tahun 711 M

7. Syurahbil bin Hasanah (583-639)
Adalah sahabat Muhammad saw. Dia merupakan salah satu komander terbaik dalam pasukan Rasyidin, bertugas di bawah Khalifah Rasyidin Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Dia merupakan salah satu komander lapangan utama selama penaklukan Muslim di Syria, bertugas sejak tahun 634 hingga kematiannya pada tahun 639 akibat wabak.

8. Abdullah bin Aamir.
Abdullah bin Aamir adalah gabenor Busrha (647–656) dan merupakan jeneral tentera yang sangat berjaya pada masa pemerintahan Khalifah Rasyidin Othman bin Affan. Dia terkenal atas kehebatannya dalam pengurusan ketenteraan.

9. Amru Bin Ash.
Pada awalnya beliau pernah mengambil bahagian dalam peperangan menentang Nabi Muhammad SAW dan kaum Muslim namun masuk Islam bersama Khalid bin Walid. Enam bulan setelah memeluk Islam, beliau bersama Rasulullah SAW menakluk Mekah dalam peristiwa Fathul Mekkah. Ia adalah panglima perang yang bijak dalam mengatur strategi perang.Beliau adalah panglima perang yang menaklukan Baitul Maqdis dan Mesir dari cengkaman Romawi. Ia kemudian dilantik sebagai gabenor Mesir oleh Umar bin Khattab, tetapi kemudian dipecat oleh Khalifah Usman bin Affan. Selanjutnya Muawiyah bin Abu Sufyan melantik kembali beliau menjadi gabenor Mesir. Panglima Amru mengerahkan tentera agar menjujung Al Quran dihujung tombak, ia menggunakan cara ini dalam pertempuran dengan Ali bin Abi Thalib agar Ali bin Abi Thalib menghentikan serangan.
Read More


IKHLAS Perlu Hadir di Bazaar Ramadhan Jalan Hang Tuah Melaka Pada 17 Julai ini !


Isu Bazaar Ramadhan Jalan Hang Tuah Melaka sengaja dibesarkan oleh pihak tertentu kerana masalah peribadi di antara orang tertentu dengan pihak MBMB.IKHLAS melalui pengerusinya Ridwan antara NGO yang lantang menyerang pihak pengurusan MBMB yang mengenakan sewaan tinggi terhadap penyewa di Bazaar Jalan Pahlawan. 

Pihak IKLHAS membandingkan kadar sewaan pada tahun lalu (2013) dan pada tahun ini (2014) yang amat ketara dilakukan oleh pihak MBMB. IKHLAS tidak mengetahui bahawa kadar sewaan pada tahun 2013 adalah harga promosi yang dilakukan oleh pihak MBMB di atas penukaran tapak bazaar daripada Taman Cempaka ke Jalan Hang Tuah.

Harga promosi yang diberi oleh pihak MBMB pada tahun 2013 adalah sebanyak RM7.000.00 . Tahun pertama selepas penukaran Tapak Bazaar itu dilakukan pihak MBMB, MBMB sebenarnya telah menangung kos yang yang lebih tinggi daripada kadar sewaan dan bukannya menerima keuntungan daripada pihak penyewa. Ini sepatutnya perlu diketahui oleh pihak IKHLAS dan bukan menghentam pihak MBMB tanpa mengetahui perkara yang sebenar.

Kadar sewaan pada tahun 2014 ini adalah sebanyak RM9.400 adalah sangat berpatutan kerana kehadiran pengunjung yang hadir pula adalah di luar jangkaan. Pihak IKHLAS mengatakan kadar sewaan yang dikenakan oleh MBMB terhadap penyewa setinggi RM13.400 ke atas adalah tidak benar sama sekali. Pihak IKHLAS cuba mahu menjadi HERO kepada peniaga peniaga tertentu yang gagal mendapatkan tapak bazaar di Jalan Hang Tuah Melaka.

Ingin saya jelaskan bahawa Ridwan IKHLAS tidak ikhlas di dalam membantu peniaga bumiputera secara total. IKHLAS hanya mempolitikkan isu ini semata mata kerana permasalahan peribadi kepada seseorang di dalam MBMB sehingga mengelarkan seorang yang berjawatan di dalam MBMB sebagai "Gengster".

Mengapa tapak bazaar ramadhan di tukar dari Taman Cempaka ke Jalan Hang Tuah ??

Ramai yang mempersoalkan perkara ini tetapi ramai yang tidak mahu mendalami masalah sebenar mengapa tapak ini ditukarkan di tempat yang lain.

Antara punca masalah..

1- penduduk taman cempaka mengadu orang ramai meletakkan kenderaan di hadapan kediaman mereka.

2- Sekira berlakunya kemalangan, tiada siapa dapat bertangungjawab.

3- kadar khemah yang disediakan MBMB kurang.

Penukaran tapak bazaar ramadhan ke Jalan Hang Tuah ada kebaikannya.

Antara kebaikan yang di perolehi oleh penyewa dan oranh ramai :-

1- Khemah yang boleh disediakan pihak MBMB lebih banyak.

2- Tertumpu di Bandaraya Melaka.

3- Dapat membantu peniaga peniaga yang tersedia ada di Jalan Hang Tuah.

4- Tidak menganggu kediaman awam.

5- Mempunyai parking yang lebih luas ( di belakang bangunan uitm bandaraya)

6- keselamatan yang diberi oleh pihak MBMB lebih terjaga.

Saya mencabar pihak IKHLAS yanh diketuai oleh En Ridwan untuk hadir ke Bazaar Ramadhan Jalan Hang Tuah pada 17 Julai 2014 ini untuk turun bersama sama untuk melihat keadaan dan situasi sebenarnya mengenai Bazaar Ramadhan ini. Lihat sendiri pengunjung yang hadir bukan sahaja dari Negeri Melaka malah daripada daerah Johor dan Negeri Sembilan.

IKHLAS perlu ikhlas bersuara untuk peniaga bukan bersuara kerana mahu menjatuhkan imej Negeri Melaka.

Hadirlah pada 17 Julai ini!

Ikhlas dari Ridwan (wan motor) kepada Ridwan IKHLAS ... Jadi anak jantan.. Berani bersuara beranilah hadapi cabaran



Nukilan Wan Motor

Read More


Tuesday, 8 April 2014

Aku Mangsa Politik Orang Tertentu di Dalam UMNO


Ramai yang menuduh saya telah mengada2kan akaun facebook palsu untuk membantai pemimpin UMNO dan kalangan Pemimpin di dalam Kerajaan Negeri Melaka yang di tabdir oleh Datuk Seri Ir Idris Haron hari ini. Untuk apa saya mengadakn akaun palsu untuk membantai pemimpin UMNO secara berselindung sedangkan telah sekian lama saya mengunakan akaun "Wan Motor" sebagai tempat saya meluahkan apa yang bermain di fikiran. Saya bukanlah seperti manusia yang sering menangguk di air keroh.

Saya tidak menafikan bahawa akaun Wan Motor antara yang "Out Spoken" menegur dan mengritik pemimpin2 UMNO yang lupa diri setelah mendapat jawatan yang tinggi. Adakah perkara ini salah? Sekiranya ianya salah saya memohon maaf di atas keceluparan saya.

Saya tetap memperjuangkan HAK ORANG MELAYU agar sentiasa.. Adakah selama ini saya mengritik segelintir pemimpin UMNO hanya kerana saya tidak mendapat sebarang "projek" dalam kerajaan atau mana mana kawadan di dalam DUN ? Saya bukan Kontraktor Kelas A ke kelas b ke kelas c atau apa2 pun kelas.. Saya bukanlah seorang peniaga yang mempunyai kepentingan di dalam mana mana agensi kerajaan di dalam Negeri Melaka... Saya sekadar rakyat yang sentiasa berusaha untuk mengubah persepsi orang lain melalui saluran media sosial.. Adakah selama ini saya sentiasa mengritik pemimpin UMNO? Habis selama 5 tahun sebelum ini, saya antara ahli cyber UMNO/BN yang sering menangkis tomahan dan fitnah pembangkang tu tidak di ambil kira kah ? Takkan kerana sekali dua pemimpin UNNO di Melaka di kritik ia menjadi satu kesalahan yang amat besar ? Adakah ia sebagai satu hukuman kepada sesama ahli UMNO ?



Tidak mengapalah... ianya tidak menjadi masalah kepada saya kerana saya telah tbiasa menerima cacian pancungan dan sebagainya.. Kerana ini sebahagian daripada permainan politik. Yang menjadi masalah adalah mengapa saya perlu dituduh melakukan hentaman kepada UMNO Melaka melalui akaun2 fake yang telah ditubuhkan sehinggalah ada satu Page yang di beri nama URL Turunkan Idris Haron Sebagai KM juga saya dipersalahkan...

Dan kerana beberapa perkara inilah yang sering menjadi masalah kepada kehidupan saya hari ini. Serius !! Saya bersyukur kerana Allah menguji kekuatan mental dan jiwa saya untuk menghadapi dugaan yang saya tidak pernah impikan ini. Kerana ini juga sebenarnya saya dapat mengenali rakan sahabat dan pejuang UMNO yang sebenar..

Ia bermula kerana akaun Wan Motor menceritakan tentang Yusof Soros mengenai peniaga di Klebang. Saya menulis hal itu adalah kerana Hak Orang Melayu. Dalam beberapa hari selepas itu saya berjumpa dengan SETPOL Ketua Menteri dan dia telah menerangkan beberapa gambaran sebenar mengenai kejadian dan saya menulis semula bagi menjernihkan keadaan itu. Tetapi dengan tidak semena mena timbul akaun palsu yang di beri nama "Anak Halon" telah menghentam yusof soros mengenai isu pasir di dasar laut. Dengan Nama ALLAH... Saya sendiri pun tidak mengetahui apa pekerjaan yusof soros sebelum ini. Takkanlah orang yang saya tidak kenal saya nak cerita pasal orang tu. Logik akal la..

Akaun fake itu bukanlah diri saya.. Tapi apa apa pun saya maafkan kepad sesiapa sahaja yang menuduh saya sehingga saya mengalami kesulitan untuk berinteraksi dengan pemimpin di atas sekarang ini. Ini juga boleh dikatakan menganiaya dan doa orang teraniaya ni dimakbulkan Allah.. Beringatlah..

Sebagai seorang yang mempunyai akal fikiran.. Mengapa perlu melayani akaun fake yang jelas tidak mempunyai identiti? Melayani akaun fake ini adalah satu perkara yang buang masa sahaja...

*Bila orang tuduh kita nampaklah kita ada kekuatan dan kelebihan di situ... Tak payah duk tekan keyboard hari2 pun takpe sebab orang akan tuduh kita juga.. Itu tandanya kita adalah insan yang hebat !!



Wan Motor @ Nama Saya Ridwan
Read More


Monday, 7 April 2014

PR Berjaya Memalukan BN di Parlimen Kota Melaka

Parlimen Kota Melaka menyaksikan BN menerima kekalahan antara yang paling teruk sekali di mana 3 DUN di dalam kawasan parlimen ini tidak ada penambahan undi malah undi pada PRU12 turun pada PRU13 serta hilang satu kerusi DUN berjaya dirampas iaitu DUN Duyong. Satu lagi DUN iaitu DUN Telok Mas juga hampir ditewaskan oleh lawan iaitu PAS apabila mereka berjaya mengurangkan majoriti BN sebanyak 701 sahaja..

DUN yang tidak mempunyai penambahan undi adalah di DUN Kesidang , DUN Kota Laksamana dan DUN Bandar Hilir. PR berjaya menambahkan undi paling ramai adalah di dalam DUN Telok Mas iaitu seramai 2442 diikuti DUN Duyong 2361 DUN Kesidang 2202 DUN Bandar Hilir 2163 serta DUN Kota Laksamana 926 undi.

BN berjaya menambahkan bilangan undi hanya di dua DUN iaitu DUN Duyong 1350 dan DUN Telok Mas 904 undi. Perkara ini jelas membuktikan bahawa BN di Kota Laksamana tidak mengambil serius di dalam penambahan undi pada sebelum PRU13.

Saya percaya dengan kekalahan ini dapat memberi pengajaran yang baik kepada semua ahli UMNO BN di bhgn itu untuk memperkemaskan jentera bagi menghadapi PRU14 lebih kurang 4 tahun lagi. Sekiranya PR di Kota Melaka berjaya menambahkan bilangan pengundi mereka sebanyak 10881 dalam masa 5 tahun sebelum PRU13 UMNO BN juga mampu melakukan perkara yang sama. Insyaallah.

Wan Motor @ Nama Saya Ridwan
Read More


PR Berjaya Menawan Parlimen Bukit Katil

UMNO BN Bukit Katil yang diketuai oleh Mantan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam perlu bekerja dengan lebih keras bagi memastikan Parlimen Bukit Katil di rampas semula pada PRU yang akan datang. Walaupun ianya perkara yang amat sukar dilakukan oleh UMNO di situ percayalah bahawa ianya tidak akan mustahil kiranya semua sayap memainkan peranan masing2 untuk mendekati masyarakat amnya kepada golongan muda.



Mengapa saya mengatakan ianya satu perkara yang sukar ?? Peningkatan undi kepada PR amatlah ketara dan memberi pengajaran yang cukup terhadap semua sayap kompenan BN di Bukit Katil yang selama ini mengambil mudah di atas pengkiraan politik. 16950 penambahan undi kepada PR amatlah mengejutkan berbanding UMNO BN hanya mendapat penambahan undi sebanyak 9745 orang sahaja.

Kita sedia maklum bahawa kekalahan di UMNO di Parlimen Bukit Katil adalah berpunya kita hilang sokongan daripada kaum cina yang sangat beria mahu menukar kerajaan sedia ada.. Kita jangan lupa bahawa di DUN Bukit Baru adalah merupakan Kubu Kuat parti UMNO tetapi PR berjaya menembusi kubu kuat UMNO ini dengan kemenangan majoriti yang sangat tipis iaitu sebanyak 48 undi sahaja. Adakah kekalahan di DUN Bukit Baru kita boleh mengunapakai "undi cina" sebagai punca kekalahan..
Hanya DUN Ayer Molek sahaja yang mampu memberi sedikit kegembiraan kepada Ahli UMNO kerana masih mempertahankan kerusi dengan majoriti yang boleh di anggap selesa. Sejak 2008 hingga 2013 BN Bhgn Bukit Katil yg diketuai UMNO hanya mampu menambahkan sebanyak 9745 berbanding PR yang bjaya memperolehi 16950 .
Sekiranya UMNO BN Bhgn Bukit Katil mahu merampas Kerusi Parlimen di situ kita perlu mencari 10k hingga 15k pengundi baru selain berusaha memenangi hati masyarakat setempat semula dan ianya tidak mustahil untuk kita mendapatkan semula kerusi Parlimen ini.

Alhamdulillah saya melihat Pegawai Seranta dan Sayap UMNO kini begitu aktif di dalam menjalankan gerak kerja bagi mencari pengundi dan ahli baru di situ. Di harap ianya akan berterusan sehingga pru14 dan membolehkan kita merampas semula kerusi ini drpd PR.. Insyallah..

Wan Motor @ Nama Saya Ridwan
 
Read More


Pakatan Rakyat Berjaya Mendahului Penambahan Undi di Alor Gajah

UMNO/BN Alor Gajah perlu memberi perhatian di dalam setiap DUN di situ dan perlu memberi usaha kepada penambahan undi kepada UMNO BN pada masa akan datang. Ini kerana jika di lihat dari 2008 hingga 2013 penambahan undi kepada Pakatan Rakyat lebih tinggi di setiap DUN kecuali DUN Asahan yang mencapai sasaran yang maksima.


DUN Machap menyaksikan MCA yang mewakili BN hampit tewas kepada calon PKR dengan hanya memenangi sebanyak 152 majoriti. DUN Machap juga adalah antara DUN yang paling sedikit dari segi penambahan bilangan undi iaitu sebanyak 296 orang sahaja.

Satu lagi DUN yang menjadi sasaran Pakatan Rakyat adalah di DUN Durian Tunggal yang mana BN mendapat saingan yang agak sengit daripada lawan yang datang dari parti PAS juga merupakan YDP PAS Negeri Melaka.

UMNO MIC dan MCA perlu melakukan penambahan undi di setiap dun bagi mengelakkan kecelakaan di beberapa DUN yang di lihat hampir tewas pada PRU 13. Tingkah laku Wakil Rakyat juga memainkan peranan penting bagi memenangi hati masyarakat setempat seterusnya kita terus menjadi Juara di hati Rakyat..

Fakta.. Bilangan penambahan undi BN dan Pakatan Rakyat di setiap DUN dalam Alor Gajah.

DUN Rembia
BN - 1274 PR - 1758

DUN Gadek
BN - 649 PR - 1035

DUN Machap
BN - 296 PR - 1783

DUN Durian Tunggal
BN - 1328 PR - 1488

DUN Asahan
BN - 2307 PR - 628

Melihat dari segi bilangan penambahan undi PR mendahului BN di Parlimen Alor Gajah. Ini bukan satu cubaan semata mata dari pihak PR untuk memberi tekanan. Ini adalah hasil usaha keras yang dilakukan oleh ahli mereka bagi merampas kawasan yang ditakhluki oleh UMNO BN di Melaka.

Sekian
Wan Motor @ Nama Saya Ridwan
Read More


UMNO Parlimen Masjid Tanah Paling Konsisten di Negeri Melaka

Parlimen Masjid Tanah yang kini di sandang oleh UMNO mungkin tidak mempunyai masalah untuk mempertahankan kerusi ini pada PRU 14 ekoran komitmen yang tinggi di tunjukkan oleh semua Wakil Rakyat di dalam menjaga kebajikan masyarakat setempat. 



Sekalung tahniah diucapkan kepada Ahli Parlimen Masjid Tanah Pn Mas Ermieyati Samsudin merangkap Ketua Puteri UMNO Malaysia yang juga mewakili orang muda yang begitu cemerlang di dalam menjalankan amanah rakyat serta menjaga kebajikan masyarakat setempat di dalam tempoh hampir setahun ini. Ahli Parlimen Masjid Tanah ini juga terkenal kerana memperolehi majoriti kedua tbesar di dalam Negeri Melaka selepas Ahli Parlimen dari Kota Sim Tong Him yang mewakili DAP pada PRU yang lalu.. Merupakan muka baru di dalam Parlimen tetapi cukup memberi keberkesanan di dalam menyelesaikan masalah rakyat setempat.

Tidak lupa kepada ADUN di dalam Parlimen Masjid Tanah juga telah memberi khidmat yang terbaik di dalam hampir satu tahun ini kepada masyarakat. Antara muka baru adalah YB Sulaiman Md Ali dan YB Md Rawi Mahmud. Kedua dua muka baru ini mempunyai pengalaman yang hampir sama dengan orang lama dan tidak mempunyai masalah untuk menjalankan tugas di kawasan masing masing.

2 ADUN dari Parlimen Masjid Tanah juga di beri penghargaan oleh Ketua Menteri Melaka apabila di beri kepercayaan menjawat jawatan EXCO Kerajaan Negeri Melaka antaranya adalah YB Datuk AR Ismail Othman dan YB Datuk Latipah Omar. Seorang lagi ADUN iaitu YB Datuk Amiruddin Yusof kini sangat aktif di dalan mengerakkan NGO yang betmatlamatkan menarik golongan muda bagi menyokong kepimpinan UMNO Barisan Nasional.

Berbalik kepada cerita asal...

UMNO bhgn Masjid Tanah tidak mempunyai masalah untuk mengekalkan kerusi ini pada PRU akan datang kerana semua Yang Berhormat sentiasa menjalankan amanah yang diberi oleh masyarakat. Malah UMNO Masjid Tanah mampu menambah bilangan sokongan kepada UMNO BN dengan bilangan yang lebih tinggi.

Namun begitu, UMNO Masjid Tanah perlu menumpukan penambahan ahli dan pengundi di DUN Taboh Naning. Penambahan pengundi di Taboh Naning sejak 2008 hingga 2013 amat sedikit iaitu seramai 647 orang sahaja dan ianya tinggi sedikit dari penambahan pengundi pembangkang di DUN Taboh Naning itu 540 orang.

Sejak UMNO Masjid Tanah telah memiliki Ketua Bhgn yang baru, saya melihat setiap sayap pergerakan begitu aktif di dalam mencari ahli dan pengundi baru bagi memastikan UMNO sentiasa mendapat sokongan padu secara berterusan.

Selain daripada itu, NGO di sini juga memainkan peranan yang sama cuma pelaksanaan yang berbeza bagi memastikan golongan muda tidak tersalah memilih kerajaan pada yang mendatang.

UMNO memang perlu mempunyai NGO yanh sentiasa menyokong di belakang parti bagi menguatkan lagi asas perjuangn bagi membela Agama Bangsa dan Tanah Air.

Apa apa pun saya ucapkan tahniah kepada semua Wakil Rakyat di Masjid Tanah kerana anda semua sangat komitmen membantu masyarakat setempat. Semoga Allah SWT sahaja dapat membalas jasa baik anda semua.. 


Jumlah penambahan undi kepada UMNO dari 2008 hingga 2013 mengikut DUN dalam Masjid Tanah.

DUN Ayer Limau = 1604
DUN Tg Bidara = 1350
DUN Lendu = 1211
DUN Kuala Linggi = 1053
DUN Taboh Naning = 647

Jumlah penambahan undi kepada PR dari 2008 hingga 2013 mengikut DUN dalam Masjid Tanah

DUN Kuala Linggi = 599
DUN Taboh Naning = 540
DUN Ayer Limau = 418
DUN Tg Bidara = 414
DUN Lendu = 341


Sekian.
Wan Motor @ Nama Saya Ridwan
Read More


Pakatan Rakyat Lebih Berjaya Daripada BN di Negeri Melaka

Mengimbas kenangan...

Keputusan PRU13 di Negeri Melaka menyaksikan Pakatan Rakyat berjaya menewaskan BN di beberapa kawasan antaranya adalah DUN Bukit Baru, DUN Duyong dan Parlimen Bukit Katil yang sebelum ini di sandang oleh wakil BN. DUN Telok Mas , Durian Tunggal dan Machap adalah antara DUN yang hampir tewas di tangan pembangkang. 

Jumlah yang mengundi pembangkang pada PRU13 adalah sebanyak 173,981 orang. Berbanding pada PRU12 adalah sebanyak 121,932 orang. Parlimen yang paling berjaya Pakatan Rakyat meraih undi adalah di Parlimen Bukit Katil di mana mereka berjaya menaikkan undi di situ sebanyak 16,950 orang.

Sebelum PRU13 saya memang sudah menjangka BN akan kehilangan beberapa kerusi di Melaka ekoran pengundi cina sudah melaungkan slogan INI KALI LAH untuk menjatuhkan kepimpinan melayu. Dalam 4 tahun ini Kerajaan Negeri Melaka dengan kepimpinan yang baru PERLU menjaga kepentingan orang melayu dan india yang telah memberi kemenangan mutlak kepada BN di Melaka. Bukan terus menolak orang cina tetapi maksud saya perlu memberi keutamaan sedikit kepada bangsa yang memenangkan BN di Melaka.

Jangan lupa... Kepentingan orang muda juga perlu diutamakan agar golongan ini tidak lari untuk menjatuhkan kita pada hari kelak.




Read More


Sunday, 30 March 2014

Sejarah Mengenai "APRIL FOOOOLLL" Wajib Baca !

Pada abab ke-8 Masehi Sepanyol merupakan sebuah negara Islam yang maju dan tidak disenangi orang kafir. Bagaimanapun Sepanyol jatuh ke tangan tentera Salib yang amat kejam yang membunuh wanita dan kanak-kanak juga. 

Satu persatu wilayah Spanyol ditawan tentera salib sampailah ke wilayah akhir Granada. Penduduk Islam terpaksa bersembunyi di rumah. Tentera Salib membuat penipuan dan mengumumkan penduduk Granada dibenarkan keluar dengan selamat dan dibenarkan menaiki kapal yang disediakan untuk keluar dari Sepanyol.
Ribuan penduduk Islam pun keluar dari rumah dan berkumpul di pelabuhan.

Lalu tentera salib yang bersembunyi membakar seluruh penempatan Islam termasuk mereka yang masih bersembunyi. Mereka yang berkumpul di pelabuhan tidak dapat berbuat apa-apa. Kapal yang dijanjikan juga dibakar. Apabila mereka dikepung mereka kemudian dibunuh tanpa belas kasihan. Hanya takbir dan tangisan sahaja kedengaran. Tiada satu pun yang terselamat. Granada jadi medan darah Umat Islam. Sehingga laut berwarna merah darah. 

TRAGEDI BERDARAH INI BERLAKU PADA 1ST APRIL 1847 M DAN DIKENALI SEBAGAI "THE APRIL FOOL DAY" OLEH GOLONGAN KRISTIAN. 

Jadi umat Islam sekalian apakah kita turut terikut ikut dengan 1st April ini dengan mengenakan orang lain dan tertawa. Kemudian menyebut dengan bangga dan gembira "APRIL FOOOOL" di sebalik saudara kita yang tertipu oleh golongan penipu lagi memang tidak ada dalam kehidupan mereka melainkan PENIPUAN. Kepercayaan tertipu dan menipu orang seperti konspirasi Illuminati dan sebagainya.


Read More


TG Nik Aziz Mengakui Kesilapan

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat diminta supaya memperbetulkan kembali kesilapannya dengan menarik kembali ‘fatwa politik’ yang banyak memecah-belahkan umat Islam serta orang Melayu khususnya di negeri Kelantan. 

Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub, berkata Nik Aziz akan dikenang sebagai negarawan yang cukup berjasa jika merapatkan kembali perpaduan dalam kalangan orang Melayu di negara ini kerana perpecahan teruk tercetus akibat fatwa politiknya. 


Katanya, ia akan menjadi lebih bermakna lagi jika Nik Aziz memberi sokongan kepada pemimpin PAS untuk duduk bersama dengan UMNO bagi mencari persefahaman khususnya dalam kepentingan Islam dan perpaduan Melayu. 




“Kita sememangnya menyambut baik apa yang disuarakan oleh Nik Aziz itu dan saya kira rakyat Kelantan tidak mempunyai masalah untuk memaafkan segala kesilapannya ketika mentadbir kerajaan negeri Kelantan. 

Perbetul kesilapan 

“Cuma apa yang kita minta, beliau memperbetulkan kesilapannya khusus berkait dengan fatwa politik kerana banyak memecah-belahkan umat Islam khususnya orang Melayu di Kelantan dan negara ini. 

“Beliau adalah seorang negarawan jika berani mengaku kesilapannya dan memperbetulkan kembali fatwa politiknya, malah lebih berjiwa besar jika memastikan usaha untuk PAS dan UMNO duduk semeja menjadi realiti, ” katanya ketika dihubungi semalam. 
Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd Azam Ismail, berkata kenyataan Nik Aziz sepatutnya membuka mata penyokong pakatan pembangkang sebelum ini mereka disogok dengan pelbagai penipuan bagi kepentingan politik PAS. 

“Apa yang kita dapat lihat daripada kenyataan bekas Menteri Besar Kelantan itu sebelum ini beliau sanggup ‘menghalalkan’ apa cara sekalipun untuk mencapai kepentingan politik, khususnya sokongan kepada PAS,” katanya. 

Nik Aziz sedih 

Di Kota Bharu, Nik Aziz mengakui gagal mempertahankan kebajikan dan menyumbang bantuan moral kepada guru pondok di Kelantan ketika menjadi menteri besar selama 23 tahun. 

Katanya, kegagalannya itu menyebabkan hatinya sentiasa sedih dan setiap kali memikirkan nasib golongan itu air matanya akan bergenang. 

“Sekarang pun saya rasa sedih dan perkara itu menekan hati dan perasaan saya sehingga mengalir air mata. Saya akui saya gagal. Mereka tiada sumber hidup kecuali ada pihak yang tampil menyalurkan zakat dan itu benar-benar membuatkan saya sedih," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam. 

Ketika mengulas permohonan maaf itu, Nik Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka berkata, tindakan itu perkara biasa sebagai bekas pemimpin dan manusia biasa.


Sumber : Berita Harian Online 
Read More


Parti PKR Hanya Boleh Diduduki Oleh Keluarga Anwar Ibrahim



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan tindakannya bertanding presiden PKR semata-mata menghalang Azmin Ali dalam persaingan jawatan itu.

Beliau berkata, ia tidak ada apa-apa kaitan termasuk cubaan menutup peluang timbalan presiden itu bertanding menentang penyandang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Menurutnya, desas desus itu hanyalah permainan politik pihak tertentu terutama Umno.

“Buat apa nak layan Umno punya teori. Jangan layan teori Umno,” katanya selepas menyampaikan ceramah sempena Jelajah Reformasi 2.0 di Kompleks Pas Pokok Sena, malam kelmarin.

Anwar juga menafikan dakwaan bahawa beliau akan menentang isterinya, Wan Azizah untuk merebut jawatan presiden pada pemilihan jawatankuasa pusat 2014 Mei depan.

Menurutnya, jika beliau dihalang bertanding jawatan itu disebabkan keputusan mahkamah, maka Wan Azizah sudah bersedia.

“Andainya saya tak boleh bertanding, Azizah bersedia. Maknanya bukan ada hasrat bertanding antara saya dan Azizah.

“Jika ada halangan saya pegang jawatan, maka kita harus buat persiapan,” katanya.

Anwar berkata, tidak timbul soal perwakilan mahu pilih beliau atau Wan Azizah pada pemilihan kali ini kerana ia bergantung kepada keputusan mahkamah.

“Kalau saya boleh jalan, saya jalan. Kalau tak boleh, Azizah jalan, habis cerita,” katanya.

Pada pencalonan kelmarin, Anwar dan Wan Azizah menghantar borang pencalonan melalui wakil masing-masing untuk bertanding jawatan presiden.

Sebelum ini, Wan Azizah memegang jawatan presiden parti bermula 1999 manakala Anwar dipilih sebagai ketua pembangkang sejak 2008.

Wan Azizah meletak jawatan sebagai ketua pembangkang dan ahli parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai 2008 untuk memberi laluan kepada suaminya bertanding dalam pilihan raya kecil.

Pencalonan Anwar kali ini berdepan dengan risiko pembatalan oleh Pendaftar Pertubuhan jika beliau terpilih berikutan sabitannya dalam kes liwat II. Beliau sebelum ini memfailkan rayuan terhadap penghakiman dan sabitan kes berkenaan di Mahkamah Persekutuan.

Sumber : Sinar Harian 
Read More


Tuesday, 25 February 2014

Kisah Kejayaan Usahawan Melayu iaitu Pemilik Syarikat Nadi-Ayu Tecnology Sdn Bhd .


DUA puluh lapan tahun lalu, gadis yang menyarung pakaian seragam berwarna putih berkain biru gelap itu sentiasa dikerumuni teman sekelas, terutama ketika ketiadaan guru di bilik darjah.

Bukan kerana teman sedarjah ingin bercerita mengenai rancangan kartun yang ditonton di televisyen pada malam sebelumnya, tetapi menantikan sesi membeli gula-gula dan makanan ringan di ‘gerai kecil’ milik si cilik bernama Nadira Mohd Yusoff.

Kini meneruskan legasi Nadi-Ayu Technologies Sdn Bhd (Nadi-Ayu) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Nadira mengakui seawal usia tujuh tahun, dia mencintai dunia perniagaan.

“Di kedai, kawan menerima lima biji gula-gula untuk 10 sen tetapi jika dibeli secara banyak (atau pukal) diskaun boleh dinikmati dalam bentuk pertambahan jumlah gula-gula.


“Di situ, saya memahami jika membeli secara borong atau pukal, lebih banyak kebaikan dan manfaat diterima oleh pembeli. Sejak itu, saya memulakan perniagaan runcit di kelas.

“Dan tak sangka, hal sama terjadi ke atas anak sulung yang kini aktif menjual biskut buatan saya di sekolah,” katanya ketika ditemui di Damansara Perdana.

Menanam cita-cita bergelar polis akibat pengaruh drama bersiri Hong Kong satu ketika dulu, wanita muda yang murah dengan senyuman ini berkata, selain aktif ‘menjaja’, dia turut berkecimpung dalam sukan, terutama golf.

Pernah mewakili daerah Petaling dan negara, termasuk di kejohanan China Ladies Open, anak sulung daripada dua beradik perempuan ini berjaya meraih kedudukan juara pada 1994.

Katanya, bidang sukan membuatkan dirinya lebih bersemangat dan tidak mudah putus asa dalam mengharungi cabaran mahupun pertandingan. Biarpun tidak berjaya mendapat kedudukan lima teratas, yang pasti kekecewaan ditebus dengan usaha berkualiti.

Biarpun zaman persekolahan sudah lama berlalu, minat Nadira terhadap sukan golf masih utuh dan kini, dia kerap menghabiskan masa bersama pelanggan di padang golf berbanding pusat hiburan.

Katanya, padang golf adalah pusat ‘pemantauan’ yang sesuai untuk mengenali
bakal pelanggan.

Sikap ditonjol ketika bermain di padang mencerminkan sifat mereka mengendalikan perniagaan.

Tidak mengenal erti ‘duduk diam’, pada saat teman sekuliah Fakulti Kejuruteraan Elektronik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan rakan sebilik asyik menghabiskan masa cuti hujung minggu dengan berlibur atau mengulang kaji pelajaran, Nadira sibuk mengajar tuisyen pada waktu malam.

Tidak cukup dengan itu, wanita berdikari ini sanggup merentas sempadan memasuki negara jiran, Singapura untuk menjana pendapatan lebih tinggi dengan bekerja sambilan di gedung beli-belah.

Katanya, dia enggan menghabiskan masa tanpa melakukan sesuatu, sebaliknya ia digunakan untuk mencari pengalaman serta kewangan. Yang pasti, Kota Singa menjadi pilihan apabila membayangkan pulangan lumayan.

Berakhir saja pengajian di UTM, Nadira mengambil langkah berani untuk meneruskan pencarian rezekinya di Singapura sebelum ditawarkan pekerjaan di sebuah syarikat elektronik hampir dua tahun.

Mengerah kudrat di negara yang mengamalkan budaya asing bukan sesuatu perkara mudah, apatah lagi, dia satu-satunya pekerja wanita yang juga dari Malaysia dalam kelompok tugasannya.

“Dikelilingi kelompok lelaki asing memberi kelebihan kepada mereka untuk ‘membuli’ saya. Erti kata, buli itu bukan bermaksud sentuhan fizikal, sebaliknya saya diminta bekerja melebihi waktu bertugas, malah kadangkala tidak berkesempatan pulang ke rumah 24 jam.

“Namun pengalaman di sana membuatkan saya bertambah kuat, berdisiplin dan enggan mengaku kalah dalam menghadapi cabaran. Pengalaman itu juga saya gunakan apabila mengambil alih Nadi-Ayu atas permintaan ayah,” katanya.

Mula mentadbir syarikat pada 2002, wanita ini mengambil tindakan drastik memperkenalkan komputer riba jenama sendiri, Natsys. Bermula dengan enam kakitangan membabitkan ahli keluarga, komponen Natsys dipasang sendiri
dan dijual secara kecil-kecilan.

Dalam tempoh setahun, jenama Natsys mula dikenali ramai, pengeluaran pula mencecah 500 buah sebulan dengan pusat servis di seluruh Malaysia diuruskan bersama 30 kakitangan.

Menjelang 2007, Nadi-Ayu mula membekalkan komputer kepada Kementerian Pengajian Tinggi (Mohe) dan dianggap kejayaan besar bagi Nadira. Menyediakan komputer berasaskan Bumiputera, Natsys turut dibekalkan dengan aplikasi yang membantu pengguna ke tahap maksimum.

Pertemuan dengan seorang pelanggan membuka dimensi baru bagi Nadira apabila mencadangkan Nadi-Ayu menghasilkan aplikasi pengajaran Bahasa Inggeris untuk pelajar, terutama di tahap awal.

Pucuk di cita, ulam mendatang, Nadi-Ayu kemudian ditawarkan geran kewangan daripada Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC).

Nadira memulakan misi membangunkan satu aplikasi pendidikan Bahasa Inggeris secara on-line berfungsi meningkatkan skil membaca dan pengetahuan umum bagi kanak-kanak, Morrieland sebelum dilancarkan pada 26 Oktober 2011.

Menakjubkan apabila aplikasi yang dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad itu menerima sambutan menggalakkan, terutama di kalangan kanak-kanak, ibu bapa dan guru.

Terbaru, Nadi-Ayu menerima Anugerah Jenama Komputer Terbaik Malaysia, Pilihan Editor HWM 2011 dan Anugerah NEF-Awani, Syarikat Paling Berinovasi 2011.

Kredit to Metro
Read More


Kisah Kejayaan Usahawan Melayu Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin. Moh Baca...

Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu di Malaysia. Beliau merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Naza yang ditubuhkan pada 1979. Beliau terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan seperti perniagaan permotoran, hotel, perladangan, kejuruteraan, perkhidmatan pengangkutan, alat-alat mesin, pembuatan dan sebagainya.

Biografi

Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin yang lahir pada tahun 1955 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini sentiasa berminat terhadap kereta dan industri automobil. Beliau belajar di Sekolah Menengah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negri Sembilan. Pada tahun 1974, ketika berusia 21 tahun, beliau menyimpan RM80,000 dalam akaun bank hasil gaji sebagai pembantu bapa beliau yang bekerja sebagai kontraktor. Beliau memulakan perniagaan automobil dengan satu peruntukan Permit Import (AP) untuk mengimport kereta buatan asing. Beliau meraih hasil sejuta ringgit pertama beliau dalam masa setahun.



Dalam satu temubual akhbar, apabila ditinjau kembali, Nasimuddin merasa diri beliau berjaya kerana beliau sudah bernikah sewaktu muda lagi dan berminat untuk menjalankan perniagaan sendiri. Kelebihan beliau ialah beliau adalah seorang lelaki sederhana dan bijaksana yang berjimat setiap sen yang ia terima dari orang tuanya sejak zaman persekolahannya lagi. Duit yang diterima ketika membantu ayahnya dalam perniagaan pembinaan dan kemudian dari pekerjaannya sendiri sebagai kerani.

Alam perniagaan

Beliau memperoleh jutaan pertamanya setahun kemudian dengan memohon Permit Import kerajaan untuk kereta dari Jepun.

Beliau dinyatakan berkata: “Saya sangat meminati kereta sejak remaja lagi. Sebab itulah saya berada dalam perniagaan ini. Perniagaan pembinaan ayah saya bukanlah minat saya.”

Memandangkan kecenderungan dan minat beliau kepada kereta dan industri automobil. Beliau bercadang untuk membawa kereta terpakai daripada Jepun. Tanpa bertangguh, dengan bermodalkan RM80,000, beliau memohon 20 AP dan berangkat ke negara matahari terbit dan menetap selama 3 bulan disana. Sekembalinya beliau daripada Jepun, beliau juga membawa pulang 20 kereta terpakai Jepun dan terus melakukan aktiviti pemasaran bagi memastikan kereta beliau terjual. Dalam masa 3 bulan, beliau berjaya menjual kesemua kereta tersebut.

Nasimuddin memulakan perniagaan kereta beliau dalam sebuah kedai di Taman Maluri, dan menjual 10 hingga 15 unit kereta sebulan. Pada tahun 1979, beliau membuka cawangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk menggiatkan perniagaan peruncitan beliau, dan menjual 40 hingga 60 buah kereta sebulan.Nasimuddin bermula dengan hanya lima orang kakitangan dan kini jumlah mereka meningkatkan kepada kira-kira 4,000 orang.

Anugerah dan pengiktirafan

Sebagai penghargaan atas khidmat dan sumbangan beliau, Nasimuddin dikurniakan beberapa anugerah dan gelaran, termasuk Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang membawa gelaran Tan Sri. Nasimuddin juga meraih pingat khidmat industri Anugerah Presiden Korea Selatan, dari Son Sang-Ha duta negara tersebut ke Malaysia bagi pihak Presiden Korea Selatan, kerana sumbangan beliau kepada industri automotif. Beliau ialah rakyat Malaysia pertama yang meraih anugerah Korea tersebut.

Kematian

Nasimuddin meninggal dunia akibat barah paru-paru di Los Angeles, California, AS, pada pukul 1 Mei 2008, 9 pagi (waktu tempatan). Jenazah beliau diterbangkan kembali ke negara lalu selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melaka, Batu 9 Hulu Langat pada 4.30 petang, 4 Mei, bersebelahan kubur ibu beliau, Salbiah Abdul Majid.

Perniagaan

Kumpulan Naza, yang ditubuhkan pada 1979, mempunyai 14 bahagian perniagaan yang meliputi industri-industri seperti pengedaran rokok, kredit dan sewaan, kejuruteraan, hotel, insurans, alat ganti jentera, pengilangan, automotif, hartanah, pengangkutan, penanaman dan kenderaan air. Kumpulan Naza kini memegang hak francais Malaysia untuk kenderaan Kia dari Korea Selatan, dan Peugeot dari Perancis, serta juga permit import untuk kenderaan Mazda. Naza kini telah menjadi pengimport kenderaan mewah seperti Mercedes-Benz yang terbesar dan terpenting in Malaysia melalui usaha-usaha seperti Naza-Brabus.

Pada Ogos 2005, Naza membuka pintunya untuk dewan pameran automotif baru yang menjadi mercu tanda syarikat itu – Naza Auto Mall di Petaling Jaya, Selangor.

Kumpulan itu mempunyai pembangunan hartanah — TIDI Development Sdn Bhd – dan hotel di Malaysia, dan Los Angeles, termasuk Howard Johnson di Torrance dan Crowne Plaza Hotel di San Pedro, Los Angeles.

Nasimuddin juga merupakan pengasas kelab bola sepak Kuala Muda Naza FC yang bertapak di Kuala Muda, Kedah.

Beliau juga pernah merancang pembinaan kilang yang bernilai RM1.2 bilion di Bertam, Pulau Pinang.

Pada April 2008, beliau memasuki perniagaan makanan dengan melancarkan Bubba Gump Shrimp Co. Restaurant and Market di Malaysia.

Reputasi beliau sebagai seorang usahawan unggul tidak dapat dinafikan. Beliau sentiasa memanafaatkan peluang dan mengembangkan perniagaan beliau dari masa ke semasa. Antara tips kejayaan yg sempat beliau kongsi adalah sikap berjimat cermat dan sentiasa menyimpan keuntungan beliau untuk dilaburkan kembali supaya proses mengembangkan perniagaan beliau dapat dilaksanakan dengan jaya
Read More


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Your Pc Genie| Distributed by Rocking Templates